Chapter One Asia – Image Consulting Firm
Firma Perundingan Jenama Dan Imej Terkemuka & Terbesar Di Malaysia
Kini, Kami Telah Melatih Lebih Daripada 150,000 Profesional
Shadow
Slider

Selamat datang ke Chapter One Asia

 

Kumpulan Chapter One Asia merupakan firma perundingan jenama dan imej no. 1 yang terbesar dan berkembang pantas di Asia, khusus dalam membantu pelanggan membentuk tanggapan pertama yang kukuh dan identiti jenama melalui pilihan pakaian dan pembangunan imej, komunikasi, etiket dan kemahiran protokol.

Chapter One Asia berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF), Human Resource Development Berhad (HRDB) dan Kementerian Sumber Manusia (MOHR) sebagai penyedia latihan.

Jurulatih kami juga berdaftar dengan Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) dan telah mendapat pentauliahan Train-The-Trainers oleh PSMB. Chapter One diiktiraf dan diperakui serta merupakan ahli Persatuan Perunding Jenama dan Imej Malaysia (MABIC), The Association of Image Consultants International (AICI), The Federation of Image Consultants (TFIC), dan The Association of Colourflair Consultants (MACC).

Pada tahun 2012, Chapter One Asia telah menubuhkan Institut Antarabangsa BrandImage yang pertama di dunia, melalui kerjasama bersama Universiti Terbuka Malaysia untuk melatih seseorang individu menjadi Perunding Jenama dan Imej yang berkelayakan tinggi.

Slider

Pada tahun 2009, Wendy Lee, pengarah Chapter One Asia telah
dianugerahkan The Asian Image Consultant of the Year

Pada tahun 2010, Chapter One Asia telah dianugerahkan sebagai
pemenang Malaysia’s Top 100 Fast Moving SME Companies.

Kini, kami telah melatih lebih 150,000 eksekutif korporat
di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, China dan Dubai.

Chapter One Asia,  sebagai salah sebuah peneraju penyedia latihan di Malaysia dalam bidang kemahiran dan perkhidmatan rundingan imej mempunyai kepakaran dalam melatih anda menjadi seorang Perunding Jenama Dan Imej, Perunding Fesyen, Perunding Gaya, Jurugaya Fesyen, Jurugaya Peribadi dan Perunding Pembeli Peribadi dalam membantu pelanggan membentuk tanggapan pertama yang kukuh dan identiti jenama melalui pilihan pakaian dan pembangunan imej, komunikasi, etiket dan kemahiran protokol, serta merupakan ahli Persatuan Perunding Jenama dan Imej di Malaysia. Kini, kami telah melatih lebih daripada 150,000 eksekutif korporat.

Penyelidik dari NYU mendapati bahawa otak kita membuat sebelas keputusan utama yang sangat cepat mengenai orang lain iaitu tiga hingga tujuh saat pertama dalam sesebuah sesi pertemuan. Ironinya, tanggapan pertama adalah sukar untuk di ubah kerana, jika sesekali terbentuk,pada  kebiasanya seseorang tidak akan mencari bukti lain untuk mengubah kesimpulan tanggapan pertama yang telah tercipta.

BII adalah diiktiraf oleh badan berikut :

 
Persijilan mySkills
(Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia)
Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
Diploma Perundingan Imej
British London Certification (British Awarding Association)
Office of Qualifications and Examinations
Regulation – Ofqual
BII – Diploma in Certfied BrandImage Professional
BII – Certified Image Consultant

Persijilan Universiti

Profesional  BrandImage Bertauliah

Perunding Imej Bertauliah

British London Certification (British Awarding Association)

Profesional  BrandImage Bertauliah

Perunding Imej Bertauliah

Institusi Persijilan

Profesional  BrandImage Bertauliah

Perunding Imej Bertauliah

Institut Antarabangsa BrandImage merupakan satu-satunya institusi di dunia yang mendapat akreditasi universiti dan juga pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia dan British untuk program kemahiran perundingan imej.

Perkhidmatan Kami

Latihan Korporat BrandImage

Terdapat satu langkah yang telah diambil oleh kebanyakan syarikat terkemuka diseluruh dunia. Pelaburan dalam sebuah aset paling berharga iaitu aspek peningkatan imej, melalui medium pekerja mereka. Kami di Chapter One Asia boleh membantu pekerja anda dalam melakukan perkara yang sama bagi menyerlahkan jenama profesional dan imej korporat terbaik anda.

Business people handshake and company team

Etiket Perniagaan & Kemahiran Sosial

Mari kami tunjukkan bagaimana cara untuk menyempurnakan jenama peribadi dengan melengkapkan diri anda dengan tertib sosial, keyakinan, etiket dan pengetahuan protokol, dan penampilan yang dipertingkatkan untuk tujuan mencapai matlamat peribadi dan profesional anda.

Program Pembangunan Duta Jenama

Jenama anda bermula dengan pekerja anda. Beri mereka pengetahuan yang mereka perlukan untuk mewakili organisasi anda seperti yang anda mahu diwakili. Melabur dalam Latihan Jenama akan memberi manfaat terhadap syarikat anda dalam beberapa cara: Ini akan meningkatkan kuasa dan menyampaikan mesej anda dengan lebih jelas, meningkatkan persepsi jenama anda dan mendapatkan lebih ramai pelanggan setia. Ini sekaligus akan meningkatkan perniagaan anda dan membawa jenama anda ke suatu tahap yang lebih tinggi!

Konsultasi Peribadi

Kajian menunjukkan bahawa sesorang cenderung berurus niaga dengan individu yang mereka ‘suka’ dan ‘percaya’. Kita menggunakan isyarat visual untuk memberikan kepercayaan dan kuasa tersebut kepada individu lain dan kemudian mencari suatu kesimpulan yang nyata berdasarkan apa yang kita lihat dan dengar. Adakah anda mempunyai Jenama Peribadi TERSENDIRI?

Program Persediaan Pekerjaan Siswazah

Program latihan siswazah korporat kami telah membantu ribuan pelajar dari syarikat-syarikat nasional dan antarabangsa dalam menceburi dunia korporat dengan keyakinan; menyediakan golongan ini dengan permulaan terbaik dalam kerjaya mereka. Mereka akan mempelajari kemahiran praktikal yang tidak diajar di sekolah, kolej mahupun  universiti tetapi akan diambil kira ketika berada dalam dunia korporat. Dengan program ini, pelajar akan melangkaui peringkat “belajar-sendiri” dan kursus ini dipadatkan menjadi program 2 hari. Bengkel boleh dijalankan di premis anda atau tempat pilihan lain yang bersesuaian.

Program Persijilan

Institut BrandImage merupakan peneraju penyedia latihan kursus kemahiran dan rundingan imej di Malaysia khusus dalam perkhidmatan latihan jenama dan imej melalui  pilihan pakaian dan pembangunan imej, komunikasi, etiket dan kemahiran protokol melalui program persijilan yang diiktiraf.

Up Your Value!

UP YOUR VALUE! merupakan sebuah buku yang merangkumi pelbagai asas bentuk, saiz dan gaya dalam peningkatan imej anda! Tidak kira apa jua bentuk badan atau jika anda merasakan tiada satu pakaian yang sesuai untuk digayakan, anda akan temui tips dan teknik praktikal yang terkandung dalam buku ini, yang mana boleh anda gunakan dan rasai perubahan imej secara serta-merta!

Kumpulan Syarikat